KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang bercadang untuk mengadakan program menanam satu pokok untuk setiap kelahiran bayi, dengan beberapa lokasi yang sesuai di setiap daerah akan dipilih untuk dijadikan kawasan tanaman.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Pahang untuk melaksanakan inisiatif itu yang dijangka dilancarkan selepas hari raya.
"Kita rancang untuk lancarkan di Pantai Serandu, Pekan selain itu Jabatan Perhutanan juga akan kenal pasti pokok bersesuaian untuk ditanam di setiap lokasi.
"Pokok ini juga akan ditanda (tagging) dengan nama bayi-bayi itu sebagai simbolik kelahiran mereka. Malah, kita harap lokasi penanaman pokok ini akan menjadi tumpuan pelancongan kelak," katanya.
Beliau memaklumkan cadangan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini semasa menjawab soalan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) yang ingin tahu jumlah permohonan Pahang Pride Kid.
Menjawab soalan asal Samsiah, beliau berkata hanya 1,600 daripada lebih 3,000 pemohonan layak menerima pemberian berjumlah RM200 untuk setiap kelahiran setakat hari ini, yang mana RM100 dalam bentuk simpanan manakala RM100 lagi barangan penjagaan bayi dan ibu.
Mengulas mengenai punca permohonan ditolak ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis), beliau berkata antaranya kerana ibu yang berasal dari Pahang telah melahirkan bayi mereka di luar daripada negeri ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata kerajaan negeri belum bercadang untuk memansuhkan caj perkhidmatan RM1 bagi bayaran bil air menerusi aplikasi Pahang Go.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Yu Man (PH-Triang) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk memansuhkan caj perkhidmatan bayaran bil air Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menerusi aplikasi Pahang Go.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Pokok ini juga akan ditanda (tagging) dengan nama bayi-bayi itu sebagai simbolik kelahiran mereka. - Gambar hiasan
Masters Malaysia: Lee Zii Jia terkilan gagal peraga aksi terbaik
Dia kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu.
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
10,000 sertai protes 'pelancong balik rumah!' di Mallorca
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
Indonesia sokong keputusan ICJ supaya Israel hentikan serangan ke atas Rafah
Kementerian Luar Indonesia menyatakan sokongan terhadap keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel supaya segera menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Sumbangan bagi bayi lahir di Pahang dinaikkan ke RM300 tahun depan
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, berkata inisiatif itu adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran susulan rekod kelahiran di negeri ini yang masih rendah.
Satu bayi, satu pokok akan dilaksana di Pahang
Bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Pahang untuk melaksanakan inisiatif itu, yang dijangka dilancarkan selepas hari raya.
'Tun' dan 'Mahathir' antara nama popular di Malaysia
Oleh sebab itu tidak hairanlah jika nama seperti 'Tun' dan 'Mahathir' ialah antara nama popular yang direkodkan oleh JPN iaitu seramai 4,726 orang untuk nama Tun manakala Mahathir seramai 420 orang.